Search This Blog

Saturday, January 23, 2010

Umno Bukit Bendera

Sesungguhnya Umno di Bukit Bendera memang unik, ini adalah kerana selama 25 tahun kesepaduan yang terbina diantara ahli Umno di bahagian ini telah terciptanya satu sejarah yang mana semua peringkat di dalam bahagian menang tanpa bertanding di setiap pemilihan.

Hari ini, adalah tanggunjawab generasi muda di dalam bahagian untuk meneruskan tradisi kesepaduan ini agar ianya terpelihara sampai bila-bila. Namun, bukanlah sesuatu yang mudah malahan ianya boleh dikatakan mustahil kerana pada masa ini, kebanyakan yang menyertai Umno mempunyai matlamat peribadi yang tersendiri. Namun, dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Tidak ada yang mustahil di dunia ini, jika mustahil sekalipun, ianya hanyalah untuk masa ini.

Fikir-fikirkanlah wahai anak muda di Bahagian Bukit Bendera.